skincare haul 2.0

Assalamualaikum and hi everyone

ok, memandsngkan nak dekat raya ni, marila sesama doa supaya takde kejutan dekat muka. mana tahu tetiba jerawat muncul ke eiiiii minta simpang.

bebaru ni aku beli skincare stuff yang baru hehee. antaranya toner,sunblock, moisturizer. before ni aku pakai brand Good Virtues Co. best je dekat muka tapi hsritu lepas cleanser habis saja je nak tukar to Simple. cuma scrub je aku still setia dengan GVC.

sat eh nak payung gambar.

#

Serum- Onsaemeein

dengar kata elok untuk dry skin tu yang saja nak try.

Sunblock- Biore UV Perfect Milk

before ni aku pakai Nivea tapi pakat juai habih kat orang hahaha. tu yang beli sunblock baru XD

Moisturizer/Toner- Simple

dedua ni aku lengkapkan dengan cleanser sekali hahahaa

Moiturizer lotion- Hada Labo

actually, aku beli benda sebab harga dia RM 5 je ahahahaha. tapi tak try lagi sebab tunggu sebulan pakai product lain baru boleh test produk baru dekat muka. satgi taktau hat mana bagi muka breakout, hat mana elok.

Face Mist- Nature Republic Aloe Vera 92% Spray (takde dalam gambar)

ok yang ni best, sebabbbbb bila rasa panaih, aku spray. hahaha. walaupun aku jual aloe vera yang dalam bentuk gel tapi aku allergic oi hahaha. nasib baik spray ni helok je dekat muka fuhhh

No Sebum Mineral Powder- Innissfree

yang ni aku beli dekat member. saja je nak try. everytime aku pakai makeup baru aku pakai benda ni hahaha

okay, rutin harian macam biasa

cleanser

⬇️

scrub (3x seminggu)

⬇️

toner

⬇️

moisturizer

⬇️

sunblock

⬇️

face mist (kalau rajin)

and makesure muka dah kering sikit baru start step baru hehe.

thats all from me.

XXD👾

Advertisements
skincare haul 2.0

tiba tiba dah weekend

assalamualakum and hi everyone.

salam jumaat. jangan lupa baca al kahfi okay

post kalini singkat je.

nak cerita pasal apa aku buat masa weekend hehehe. aku jarang sebenarnya tidur petang kalau Jumaat.

ok ayuh mulakan!

selalunya pepagi, aku akan mulakan rutin harian dengan membasuh baju menggunakan tangan.

ada yang tanya, kenapa tak guna mesin. oh ya btw air dekat kelantan ni tak boleh jangka. kali terakhir aku basuh, baju aku penuh dengan karat 😔😭😭

termasuk baju aku yang warna kelabu, sweater. tak pasal pasal kena basuh balik 💆🏻‍♀️ kan dah jadi dua kerja

lepastu, aku sebenarnya nak berjimat 👉🏻👈🏻 aku perasan duit aku banyak habis dekat mesin. lepastu baru baru ni aku beli sabun basuh baju, softlan lagi. banyak keluarkan duit 😅

jadi, dengan basuh sendiri itu je la salah satu cara aku nak berjimat.

Next,

buat Lab IT. okay, subjek IT ni tutorial dijalankan secara online dan kelas tutorial aku hari Ahad. setiap minggu ada kuiz, dan kena submit kerja yang kitorang buat. kalau tak silap, ada 7 Lab. dan setiap Lab bersambung sambung. sekarang Lab 4 dan aku ada buat silap dekat Lab 3, which is aku baru perasan dan…

aku kena buat balik dari awal 🙃

nasib baik sempat simpan segala video tutorial sebab kalau cari dekat yt memang takde. sebab sir dah privatekan.

Alhamdulillah settle dah hehehe. cuma esok baru nak submit sebab wifi dalam bilik memang asdfghjkl

Lepastu, aku akan main phone tak pun kalau lapar tahap gaban aku capai tudung, beli makanan dekat bawah sensorang. sebab aku tahu, member semua malas nak turun tu belum lagi tunggu dorang tengok cermin, belek tudung bagi jadi. lama gila bapak memang tahap tak sanggup nak menunggu.

dan aku tak suka tunggu orang ahhahahaa.

dan waktu malam adalah masa untuk manjakan muka i yang tak berapa lawa lagi ni (baru 70% cantik lol)

pakai mask, lepastu baring baring. dah siap tu layan kdrama kejap. and kalau tak ngantuk tapi bosan nak buat apa aku akan baca buku Kisah 25 Filsuf Barat tulisan Mat Luthfi. sedikit berat konten dia dari buku sebelum ni tapi dah alang alang aku ambik subjek Falsafah Ilmu sem ni, semoga lagi paham la aamin.

sekian. hahaha

and btw, aku ada hobi baru. yeyyy.

dulu masa zaman sk aku tulis khat, lepastu bosan jap aku try melukis (lukisan aku paling lawa cuma satu yang lain sendu) dan habis matrik aku suka plak nak try doodle. lepastu masa sem 1 aku try mewarna guna water color.

hampeh semua benda ni sekejap je minat 😂

tapi sekarang aku tgh try tulis guna tulisan lelawa (idk the right term sorry)

sebab aku tgk youtube macam senang je, so aku try.

buruk weh!!! aku pun mula sedar aku tak la se kreatif yang aku fikirkan (tampar muka sendiri)

lepastu aku try tiru je dulu. belajar tulis huruf A sampai Z, tulis lagi (normally aku ambik quotes dekat tumblr) and aku try tiru. sampai la aku yakin nak tulis tanpa tengok tutorial yeyyyy

dan setakat ni mampu guna pensil,lepastu aku warnakan guna gel pen. sebab nak guna tools dia banyak duit kena korban dan aku tak power lagi hahaha. mungkin kalau aku dah padu,dan yakin baru akh guna.

doakan ye! 🖤

and, lepasni aku nak cerita pasal baby aku 🤰🏼

stay tuned and

LOL,

XXXD

tiba tiba dah weekend

kenapa? kenapa?????

Assalamualaikum and hi everyone.

btw, happy fasting (or ifthor) semoga ramadan ni lebih baik dari tahun sebelumnya.

oh ya.

aku ada terjebak dengan permainan sarahah.com ni. dia mcm curiouscat,askfm and etc juga. soooooooo,

ni la antara soalannya

7

abaikan soalan lain (member menganjing je tu 😂) tapi soalan yang paling aku malas nak jawab ialah

pasal rindu tu. yaAllah 💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️

smh

dekat sini aku nak buat penjelasan eksklusif (ececeh). if u guys sebenarnya nak aku cakap pasal dat guy (u know who) kan?????

MASALAHNYA TAKKKKKKK KO SEKOLAH TAK??? KO PUASA TAKKK???? SRP LEPAS TAK?????

bukan sebab taknak mengaku ke apa tapi memang TAKKKK.

pls guys, i dah (alhamdulillah) fully move on dan dia pun dah bahagia dengan life dia sekarang. kitorang pun dah kawan balik walaupun tak rapat sangat sebab aku selalu fikir, ” kalau aku boleh berbaik dengan gunting,why not dgn Bio?”

memula aku malas nak jawab tapi kau faham tak rimasnya bila ditanya soalan macam ni irl ataupun dari anonymous. tapi aku kena jawab jugak sebab kawan kawan kitorang yang tahu pasal benda ni follow aku dekat insta AHAHAHAHHAA

dan aku minta, tolong jangan meng awkward kan kitorang lagi. 🙏🏼

kenapa? kenapa?????

Aeon Wellness

Assalamualaikum and hi everyone 👋🏻👋🏻

haritu, aku dengan nani pergi Mid Valley and kitorang dah target dah nak masuk Aeon Wellness yang viral dekat twitter tu. bayar rm 4.90 je duh

masa dah sampai tu, ada pelanggan lain. so we wait around 30 mins kot lepastu akak tu cakap, sekarang waktu rehat and kalau nak kena book dulu. so kitorang pun book la pukul 5.15 dengan 5.45 punya.

lepas dah book tu terus berlari lari naik atas sebab kejar nak tengok wayang A Quiet Place. cerita tu start 2.25 petang and kitorang masa tu baru gerak ke keluar dari Aeon Wellness tu 2.30 petang. settle beli tiket and masuk hall dalam 2.45 petang and tak start lagi lol. kitorang duduk baru start fuhhh nasib baik ⚡️

anywayyyyyy, back to the topic

movie habis pukul 5.10 and lepas berlari kitorang sampai 5.17 petang huhu lewat 2mins. dan beauty consultant kat situ baik gila!!! i mean boleh ajak borak, gelak gelak semua. so, sebelum bermula, dia akan tanya samada nak rekod tu disimpan (which means kau akan dapat kertas macam resit) atau taknak simpan rekod (so korang kena ambik gambar dekat mesin tu instead of dorang bagi kertas tu)

tips- better simpan rekod kalau korang ada masalah kulit yang teruk. tapi setakat biasa biasa ni tak payah la.

lepastu, dia akan tanya korang pakai makeup tak sekarang, pakai sunscreen ke idok. jujur je masa tu tau sebab ni untuk tujuan nak check muka korang gak.

so, yang pakai spek tu kena bukak. masa tu aku ada jerawat dekat area mata, dekat dengan telinga. sakit weh dis tonyoh jerawat aku 😂

lepas settle semua dia keluar macam ni

merah – bahaya woi

kuning- ok tak teruk sangat ni

hijau- wahhh tahniah 😘👏🏻👏🏻👏🏻

berdasarkan keputusan tu, jelas lah bahawa muka aku kulit kering sebab tak moisture langsung. dehydrated duh. dan skin tone tu, sedih weh sebab dia kata aku ada uneven skin tone which is true bcs muka aku gelap 3 4 tona dari tangan. huhuhu paling sedih ialah

aku baru tahu aku allergik dengan alkohol, whitening product dah tu cemana nak putihkan muka balik????!!! Aku stress 💆🏻‍♀️

tapi bahagia ciked bila dia cakap pores aku kecik and which is bagus untuk muka fuhhh.

lepas habis consultation tu, dorang akan suggestkan which product yang ok untuk muka. and lepas tu bayar macam biasa dekat kaunter besar.

ada orang dm aku, macam mana nak book any session?

– u boleh call Aeon Wellness (id have their number sorry). so nanti dorang akan bagitahu bila diorang free and bagi nama,no phone.

or, u boleh walk in to their place TETAPI sangat bertuah la kalau korang dapat tempat (macam kitorang) sebab selalunya weekend memang penuh. try la pergi hari bekerja ke.

-lama tak sesi tu?

dia check muka tu sekejap je. tapi kalau korang ada masalah muka, so dia akan terangkan satu persatu. and tanya produk apa korang pakai/berapa lama haa centu. kalau korang sda soalan regarding beauty pun korang boleh je tanya. 😊

ok done. sis harap benda ni membantu korang jugak. byeeeee, adioss.

👾

XXD

Aeon Wellness

February

Assalamualaikum and hi everyone. im not feeling well (mental and physical) eceh tipu je. busy sikit sebab last week ada midterm.

so nahh. mari aku cerita benda menarik top top meletop yang jadi masa tu dekat aku. masa CNY saffa dia tak balik Kedah. dia stay dekat rumah my aunt di Bangi. masatu baby (my aunt) dah ajak dah dari Jan tapi aku cakap nanti aku tanya my mom dengan kembar saffa,sffi.

a week before sch holiday, my aunt tanya boleh tak dtg kl sebab suruh temankan saffa. masa tu aku baru je balik bercuti dekat Penang tu so serius pokai weh 😭 lepastu baby cakap

“nanti baby bagi duit tambang. kalau saffi nak join boleh je”

im shookethhhh

(ala kenapa takleh letak GIF) long story short, my mom izinkan dengan syarat baby takpayah bayarkan duit apa apa pun.

kitorang dedua naik bas malam jumaat. yang kelakarnya boleh pulak tetiba rosak dekat Tapah 💆🏻‍♀️ nasib baik dekat RnR Tapah. and kitorang pun menunggu lama gila dalam 2 jam sebelum menumpang bas lain (hahaha) tapi masa sampai bangi tu dalam 7 lebih. takde la rasa bersalah suruh baby tunggu pepagi buta.

hari Jumaat tu memang takde buat apa kononnya jet lag lol tiberrr sangat. and, saffa saffi masak ikan sweet sour, cendawan enoke inoke (x ingat nama) celup tepung sedap gila weh. dan aku tukang basuh pinggan kahkahkah

hari Sabtu tu plannya nak ke Bukit Naga, jumpa sanak saudara kat situ. tapi sebelum tu singgah Mitsui Outlet Park. berootd hahaha. saffa saffi dah plan nak ber shawl warna blue black, blouse warna ijo. aku dengan baby pakai blouse blue black. curlass kau jah kok muka guwe kayak anjir gitu lo

pastu terus ke Bukit Naga jumpa family yang lain. disebabkan makcik pakcik aku hidup berjiran so takde la jauh nk jmpa ke apa. petang tu along ajak jalan, teman maklong beli barang pastu ke Aeon Shah Alam.

dan dinner dekat McD Klang huhu

tudung dah barai tapi food iz bae. (thanks baby belanja kitorang)

esoknya kitorang balik Bangi and baby suruh siap siap nak bawak pergi M.

and i was like 🤔 M? apakah ia? sebab malam semalam kitorang terdengar la pakcik makcik sembang kata nak gi Melaka. pastu rasa macam kok bisa sih sempat ke? hahaha.

dah la sampai rumah pukul 12, sempat lagi makan maggi pastu pkul 3 gerak. aku tanya saffi dia tahu tak kitorang nak pergi mana or if she has any clue at that moment. pastu dia ckp pasal melaka and kitorang macam tengah fikir betul ke idak sebenarnya tapi masa tu dah google siap dah “tempat menarik dekat Melaka”. masa dalam kereta aku plak duduk depan so sepanjang jalan tu tak tido langsung tapi anehnya jalan yang digunakan tu menghala ke KL.

aneh🤔

tapi lepastu ada signboard NSembilan and aku pun ohhh jalan short cut ni. rupa rupanya

MID VALLEY AHAHAHHAHAHA. tak pernah ku tahu ada hotel disitu. 😂😂

sampai je terus baby cakap nak gi mana, pergila dekat bawah tu. baby tak kacau.

kitorang pun apa lagi berjalan la 😂 dinner dekat Nandos, pastu try Family Mart punya ice cream (overrated yal), llao llao ( fav sis), masuk Daiso, Innisfree, Watsons (tempat wajib lol). sampai ke malam masalahnya berjalan tak berhenti 😂 kitorang just balik hotel time nak dkat maghrib sebab nak solat je huhu.

kitorang ada beli Secret Recipe (choc indulgence and aku punya cappucino cheese kot) kononnya simpan utk breakfast kahkah

Ahad

the next day, kitorang ada 2 tempat untuk makan breakfast dekat bawah. so baby decided to stay at the hotel w me while kembar pergi turun makan dekat bawah. sambil tu kitorang sempat jenjalan lagi dekat mid (kemain) sampai la nak dekat pukul 12 nak checkout.

lepas checkout hantar saffa dekat kl sentral sebab dia naik ktm pergi sk dengan kawan dia and we olls terus ke bangi.

lepastu memandangkan pakyob sekeluarga dan anak maknik (ya,ecah,an) ikut sekali pergi bangi wetland ke wonderland entah diorang singgah jap kat rumah baby. sempat la memasak (ok baby yg masak actually XD) saffi masa tu dah masuk bilik tidur dah. dia sakit kepala. aku plak tengok tv dengan diorang tetiba tido 😂 baby pun sama. pak yop pun agagaga.

dan esoknya kitorang gi bangi getaway ciss takde benda pun kat situ. malam tu bertolak naik bas ke kedah. lambat gila bas pukul 8 lebih baru dekat butterworth. last last aku dengan safi turun, naik ktm sebab depan stesen bas je tempat tu dan pulang ke kedah.

the end

overall, best la percutian (la sangat) kalini. lol.

February